Monday, June 13, 2011

just a feeling that i have never told you before..

hari ni aku tak ikut jadual,..aku pikir nak taruk idea len,, tetiba kena taruk idea len lak..

jadi macam mana aku nak mulakan menulis idea ni..okay lah senang citer macam ni lah,
benda ni khas ditujukan untuk seseorang, klu dia baca, baca lah,..klu tak, nasib lah..

awak tahu tak?mak bapak awak ajar awak bagaimana nak bertudung, supaya awak bertudung,.
 awak, saya tahu awak sudah mempunyai pandangan baru mengenai tudung,
 awak beraggapan tak semua org yang bertudung tu baik,..awak follow pandangan orang, yang mengatakan, mereka yang bertudung pun hancur juga, tapi kebanyakan yang bertudung pun baik juga,dan yang tak bertudung pun ada yang lebih baik dari yang bertudung,


awak dah pun mempunyai cara awak sendiri, awak tak nak bertudung, dulu awak pakai tudung, sekarang ni awak dah tak suka bertudung, awak dah lari dari awak yang dulu, awak mengikut trend awak dan rakan2 baru awak, dan untuk orang dan idealistik baru yang mengatakan baik bukan nya dari pakaian, tapi dari hati,.
saya faham maksud awak, awak nak tunjukan kebaikan bukan dari pakaian, tapi dari perbuatan awak, tapi awak sedar tak, dengan tidak memakai tudung, awak telah mengecewakan seseorang yang menyayangi awak dan juga orang yang sepatutnya awak sayangi lebih dari orang lain, awak tak tahu siapakah orang itu? orang itu ialah ibu bapa awak sendiri,. betapa sedih dan pilu nya hati ibu dan bapa awak melihat anak perempuan nya yang dididik dan dimanja kan, diberi ajaran tentang pemakaian tudung, tapi awak lupa tentang ajaran itu, tidak pernah kah awak fikir tentang perasaan mereka,..

saya taknak cerita pasal dosa dan pahala, sebab dosa dan pahala bukan saya yang tentukan, saya bukannya tuhan,..saya cuma manusia biasa saja, tapi cuma saya ingin awak menyedari tentang hati dan perasaan orang tua awak,..jikalau awak ingat kembali, tidak pernah awak keluar rumah tanpa memakai tudung, atas didikan ibu bapa awak bukan, dan apabila awak memasuki universiti, awak menemui rakan baru, disitu awak mungkin goyah sedikit, kemudian awak tamat pengajian dan bekerja, di tempat kerja, awak menemui pemikiran baru, awak menerima pemikiran baru tersebut seperti span dan terus menerima nya, awak cair dengan pujian mengatakan awak nampak cantik dan rambut awak sangat cantik, awak telah merasakan yang awak perlu menunjukan rambut awak itu, dan tanpa awak sedari, awak telah membuang hubungan dengan keluarga awak, awak lebih pentingkan hubungan kawan2 awak dan juga hubungan kekasih awak, awak tahu tak yang awak teluh membuat orang tua awak berasa sedih, setiap kali melihat awak keluar rumah tanpa bertudung, terpikir orang tua awak, apakah silap aku dalam mendidik anak ku ini? apa kah aku aku telah salah dalam cara mendidik anak ku ini,? setiap persoalan, bermain difikiran nya, dan awak tidak sedari,

awak sanggup buang keluarga awak? mengapakah jadi begitu? awak sangat mementingkan diri sendiri, awak tahu tak? awak nak tunjuk kan yang awak sebenarnya lebih baik, tapi setiap kali awak keluar malam, awak tahu tak, awak mengecewakan mereka,..awak mengecewakan adik beradik awak, awak yang dulu nya adalah harapan keluarga, apakah contribution awak kepada mereka? adakah wang ringgit cukup untuk mereka? mereka hilang awak, awak hilang mereka? penting sangat kah pandangan kawan2 awak tu? tak penting kah hati dan perasaan keluarga awak ni?

mak bapa awak tu, tak tentu sampai bila mereka akan ada kat dunia ni, tah esok, entah lusa, bila2 masa je akan ke rahmatullah, awak nak tunggu sampai masa tu ke baru awak nak bertudung semula? masa tu ke baru awak tak nak keluar malam? memang betul bertudung untuk menutup aurat, dan menutup aurat tu untuk allah, dan bila masa awak bertudung semula, ianya hendak lah kerana dia, tapi klu masa ibu bapa awak masih hidup ni, tak kan awak tak boleh nak senangkan hati mereka?

saya tak nak cerita banyak, saya tahu awak orang yang bijak berfikir, tapi kadang2, saya rasakan awak ni bodoh juga, entah lah, padangan saya ni, mungkin bangang pada pandangan orang lain, tapi mungkin juga bijak pada pandangan orang yang lain,.saya ni cuma manusia biasa, mungkin saya sudah tidak penting pada awak lagi, membuat kan awak mengungkapkan kata2 yang cukup pedih pada saya, jikalau awak ikhlas untuk minta maaf, awak buat lah apa yang awak patut lakukan,..saya tak nak terima sms bangang dari awak mahupun kata2,..awak nak tunjukan yang awak ni baik,,,tunjuk lah yang awak ni baik, sampai masa tu mungkin saya boleh maaf kan..

in the end, hope you have a time of your life....

No comments:

Post a Comment