Tuesday, June 14, 2011

e-Romeo....ah ha...

okay...ini hari korang yang membaca blog aku in luck..huh...kenapa?...sebab ini hari ada cerita baik..idea yang kejap ingat kejap lupa,..tetiba je ingat kembali,..hari ni aku nak cerita pasal, e-romeo...dengan kata len, electronic romeo,..tak pernah dengar kan istilah tu, yang ni aku baru cipta, sebab tu lah tak pernah dengar,.

e-romeo ni boleh lah dikatakan macam buaya internet,..klu dah ada e-romeo, mestilah nak ada e-juliet, a.k.a mangsa internet,..so, macam mana nak citer pasal e-romeo, ni, simple je, kat real life, dia takde gf, kat internet ni, tetiba je dia ni hot stuff,..nak kata kan awek keliling pinggang, tak kot sebab,..kat internet ni dia takde pinggang, so awek keliling sesawang lah..ha ha ha ha ha ha ha...tak lawak ek..okay,

so aku dah hilang idea pasal e-romeo ni,..apa2 hal, nanti aku sambung lagi...malas sebenarnya nak citer and tulis bolg ni..entah kenapa lah aku boleh terjebak ngan blog ni..aku pun tak paham..

Monday, June 13, 2011

just a feeling that i have never told you before..

hari ni aku tak ikut jadual,..aku pikir nak taruk idea len,, tetiba kena taruk idea len lak..

jadi macam mana aku nak mulakan menulis idea ni..okay lah senang citer macam ni lah,
benda ni khas ditujukan untuk seseorang, klu dia baca, baca lah,..klu tak, nasib lah..

awak tahu tak?mak bapak awak ajar awak bagaimana nak bertudung, supaya awak bertudung,.
 awak, saya tahu awak sudah mempunyai pandangan baru mengenai tudung,
 awak beraggapan tak semua org yang bertudung tu baik,..awak follow pandangan orang, yang mengatakan, mereka yang bertudung pun hancur juga, tapi kebanyakan yang bertudung pun baik juga,dan yang tak bertudung pun ada yang lebih baik dari yang bertudung,


awak dah pun mempunyai cara awak sendiri, awak tak nak bertudung, dulu awak pakai tudung, sekarang ni awak dah tak suka bertudung, awak dah lari dari awak yang dulu, awak mengikut trend awak dan rakan2 baru awak, dan untuk orang dan idealistik baru yang mengatakan baik bukan nya dari pakaian, tapi dari hati,.
saya faham maksud awak, awak nak tunjukan kebaikan bukan dari pakaian, tapi dari perbuatan awak, tapi awak sedar tak, dengan tidak memakai tudung, awak telah mengecewakan seseorang yang menyayangi awak dan juga orang yang sepatutnya awak sayangi lebih dari orang lain, awak tak tahu siapakah orang itu? orang itu ialah ibu bapa awak sendiri,. betapa sedih dan pilu nya hati ibu dan bapa awak melihat anak perempuan nya yang dididik dan dimanja kan, diberi ajaran tentang pemakaian tudung, tapi awak lupa tentang ajaran itu, tidak pernah kah awak fikir tentang perasaan mereka,..

saya taknak cerita pasal dosa dan pahala, sebab dosa dan pahala bukan saya yang tentukan, saya bukannya tuhan,..saya cuma manusia biasa saja, tapi cuma saya ingin awak menyedari tentang hati dan perasaan orang tua awak,..jikalau awak ingat kembali, tidak pernah awak keluar rumah tanpa memakai tudung, atas didikan ibu bapa awak bukan, dan apabila awak memasuki universiti, awak menemui rakan baru, disitu awak mungkin goyah sedikit, kemudian awak tamat pengajian dan bekerja, di tempat kerja, awak menemui pemikiran baru, awak menerima pemikiran baru tersebut seperti span dan terus menerima nya, awak cair dengan pujian mengatakan awak nampak cantik dan rambut awak sangat cantik, awak telah merasakan yang awak perlu menunjukan rambut awak itu, dan tanpa awak sedari, awak telah membuang hubungan dengan keluarga awak, awak lebih pentingkan hubungan kawan2 awak dan juga hubungan kekasih awak, awak tahu tak yang awak teluh membuat orang tua awak berasa sedih, setiap kali melihat awak keluar rumah tanpa bertudung, terpikir orang tua awak, apakah silap aku dalam mendidik anak ku ini? apa kah aku aku telah salah dalam cara mendidik anak ku ini,? setiap persoalan, bermain difikiran nya, dan awak tidak sedari,

awak sanggup buang keluarga awak? mengapakah jadi begitu? awak sangat mementingkan diri sendiri, awak tahu tak? awak nak tunjuk kan yang awak sebenarnya lebih baik, tapi setiap kali awak keluar malam, awak tahu tak, awak mengecewakan mereka,..awak mengecewakan adik beradik awak, awak yang dulu nya adalah harapan keluarga, apakah contribution awak kepada mereka? adakah wang ringgit cukup untuk mereka? mereka hilang awak, awak hilang mereka? penting sangat kah pandangan kawan2 awak tu? tak penting kah hati dan perasaan keluarga awak ni?

mak bapa awak tu, tak tentu sampai bila mereka akan ada kat dunia ni, tah esok, entah lusa, bila2 masa je akan ke rahmatullah, awak nak tunggu sampai masa tu ke baru awak nak bertudung semula? masa tu ke baru awak tak nak keluar malam? memang betul bertudung untuk menutup aurat, dan menutup aurat tu untuk allah, dan bila masa awak bertudung semula, ianya hendak lah kerana dia, tapi klu masa ibu bapa awak masih hidup ni, tak kan awak tak boleh nak senangkan hati mereka?

saya tak nak cerita banyak, saya tahu awak orang yang bijak berfikir, tapi kadang2, saya rasakan awak ni bodoh juga, entah lah, padangan saya ni, mungkin bangang pada pandangan orang lain, tapi mungkin juga bijak pada pandangan orang yang lain,.saya ni cuma manusia biasa, mungkin saya sudah tidak penting pada awak lagi, membuat kan awak mengungkapkan kata2 yang cukup pedih pada saya, jikalau awak ikhlas untuk minta maaf, awak buat lah apa yang awak patut lakukan,..saya tak nak terima sms bangang dari awak mahupun kata2,..awak nak tunjukan yang awak ni baik,,,tunjuk lah yang awak ni baik, sampai masa tu mungkin saya boleh maaf kan..

in the end, hope you have a time of your life....

Saturday, June 11, 2011

okay, hari ni hari ahad

klu korang rasa apa yang aku tulis ni sempoi, ko baca lah..ha ha ha ha...tapi telinga korang akan bingit kali ni, pasal aku memasangkan video yang akan autoplay, yup...autoplay...alamak..korang boleh pause lah klu tak nak dengar video tu...anyway...hari ni takde apa yang aku nak cerita, semalam aku ada idea..tapi aku ingat aku nak save kan ia untuk hari ni..malang nya, bila sampai nya waktu hari ini,..aku terlupa idea aku semalam..

so biarlah aku cerita pasal satu perkampungan ini,..hmmm...patut ke aku menceritakan..tak yah lah...cerita ya agak lucah,..korang tak leh terima karang,...so meh lah aku cerita pasal zaman sekolah seorang brother ni,..yup, ianya penuh dengan prank mengenakan cikgu dan budak2 kelas lain,, mereka sungguh evil, budak setan punya prank takde menda pun..

1st prank yang aku nak ceritakan ialah sewaktu kelas jasmani kelas sebelah,..yup jasmani kelas sebelah..dengan giat nya brother ni dan rakan sekelas nya melonggok kan beg2 kelas sebelah di satu tempat, dan menindihkannya dengan kerusi dan meja kelas tersebut,..bila budak2 kelas sebelah balik je dari kepenatan kelas jasmani mereka..mereka terkejut tengok beg, kerusi dan meja mereka takde.?....

2nd prank, mengenakan cikgu pompuan,..well yang ni biasa je prank nyer..tak memudaratkan sesiapa je., kecuali cikgu pompuan tu punya hati dan perasaan..well, cikgu lelaki pun boleh terkena gak..tapi itu pun klu budak pompuan berani buat.., well nasib aku tak jadi cikgu..so pada hari yang aman,..tiba berlari bro ni pada mangsanya, yakni cikgu perempuan terbabit,(make sure cikgu tu cun ek) "CIKGU....! EMERGENCY CIKGU.." cikgu: apa yang emergency nya, bro: emergency lah cikgu...so berlari lah bro ni..cikgu ni pun ikutlah anak muridnya..sampai lah ke toilet,.."apa cikgu ni," saya emergency nak membuang pun nak ikut ke?"..kaco betul lah....! tak lawak...tapi bayangkan hati dan perasaan cikgu tu..boleh buat filem ni...dia follow sampai masuk toilet student laki...kuang kuang kuang...

well, cuma satu je bro ni...dia ni tak jahat,...cuma nakal je..SO, klu setakat nak gengster tu, tak payah lah..bikin semak je...jadi prankster lah best..he he he he he he...

anyway,..just a though of the day,..tak sangka boleh terkeluar gak idea ni..hope you have the time of your life..

korang pernah dengar tak rezeki singa?

korang pernah dengar tak rezeki singa?, pernah dengar tak? apa? tak pernah dengar? biar betik?..ooppss...bukan rezeki singa..rezeki rimau rupanya, maaf maaf,..ha ha ha ha..rezeki rimau, ianya berkisahkan, klu rezeki tu,..time takde,..memang sengkek habis lah,..tapi bila time ada,..haa...amik ko, tak habis, sampai membazir pun ada,..tak makan pun ada..kan pelik...macam mana tu..macam rimau lah, bila diorang tak makan,..susah betul diorang nak makan...tapi bila ada rezeki nya..sampai sekor kerbau boleh tumbang,..

so ni aku nak citer pasal rezeki rimau aku..yup, sekarang ni aku mengalami rezeki rimau,..parent takde kat rumah, diorang ada kat kampung,..so makan pun aku relex je,..cukup cukup je,..kekadang tu aku boleh terlupa nak makan,..dengan kata len aku tak pegi kedai..so hari ni aku masak megi..time aku tgh masak tu,..tetiba member aku panggil, laah..aku lupa, dia ada wat kenduri tahlil kat rumah dia..macam mana aku boleh lupa lak ni..pegi kenduri dia...makan, dan aku ada megi..alamak...tak leh nak makan lah pulak..membazir je..rezeki rimau ek...hhmmm...

so bila citer pasal rezeki rimau ni, boleh ke rezeki rimau ni dikaitkan dengan cinta..ye lah, bila time single tu,..orang tu stay single je....saper pun tak nak kapel ngan dia...tapi bila dia dah start nak kapel,..ada je yang bagi respon baik kat dia, yang cakap suka kat dia lah..macam2, bukan 1 org je...banyak...time tu lah macam ada cara cara je macam nak suruh dia curag...kan kan kan...rezeki rimau dalam percintaan..tak sedar diri punya orang...

just a though of the day

hope you have the time of your life..

Wednesday, June 8, 2011

apa nak jadi lah..tulis je lah..

okay 1st thing 1st..apasal ada satu benda tu, bila kita nak, kita wat apa saja untuk dapat kan, tapi bila dah dapat, rasa bosan lah pulak ngan benda tu,..aku citer pasal aku punya ps3,..dulu bukan men lagi aku nak beli ps3,..dah beli, aku tak men lah pulak,.
            .kenapa aku asyik sebuk je ngan facebook ni, dan sekarang ni aku sebok lak ngan blog ni, kenapa aku ada blog, aku pun tak paham,..terasa kemalasan nya untuk menulis blog ni, aku bukan nya ada idea. susah betul nak menulis,..sekarang ni, aku terasa., mungkin ni lah sebabnya aku takde awek lagi sampai sekarang, sebab klu aku ada, mungkin kah aku akan terlalu cepat berasa bosan...ha ha ha..kepelikan tahap ultra gaban,.
            terasa gak kekosongan dalam hidup ni,mempunyai rutin yang sama, tiap2 hari, bangun pagi, pegi kerja, balik kerja, duit habis..apakah yang aku lalui dalam hidup aku ni,..rasa macam tak bermakna..nasib ada kawan2, tapi apakah erti kehidupan yang sebenar, kita dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, tiap2 hari aku terfikirkan apabila aku mempersoalkan kenapa aku hidup di muka bumi ini, tapi khalifah jenis apakah yang boleh aku jadi., demi masa, manusia itu adalah dalam kerugian, terasa sungguh yang aku ni dalam kerugian..
           apakah yang menghalang aku dari melakukan apa yang aku ingin lakukan..aku sendiri tak tahu apa yang aku nak lakukan,.aku letih lah dengar dengan penyesalan ko yang tak sudah2,..aku letih menyesal,.aku bahagia, tapi aku hilang tujuan..aku terima, dan aku redha...kkaco tul lah..aku tak tau apa yang aku tulis..korang yang baca ni, korang tak rasa buang masa ke? korang ni buang masa je baca benda ni..